|
Future Global Network (FGN) mempelawa umat Islam menyertai projek ‘Infaq Celik Al-Quran’ untuk membantu lebih kurang 1000 kanak-kanak pelarian masyarakat Islam Rohingya yang berada di negara ini.
MENGAPA PERLU ‘INFAQ CELIK AL-QURAN’ KEPADA KANAK-KANAK ROHINGYA? a) Kanak-kanak Rohingya yang menetap di negara kita ini hidup dalam keadaan terlalu dhaif. Mereka tidak dapat memasuki sekolah Kerajaan oleh kerana tidak mempunyai sijil kelahiran dan dokumen yang sah. Sebagai pelarian mereka tidak tergolong dalam kumpulan warganegara asing yang dibenarkan mendaftar di sekolah Kerajaan, selaras dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1966).
(b) Tanpa pengajian Al-Quran dan bimbingan agama akidah kanak-kanak ini akan terancam. c) FGN, sebagai pertubuhan yang mendaulatkan Islam, dengan kerjasama beberapa badan dakwah dari kalangan masyarakat Rohingya, telah menggerakkan program pendidikan dan dakwah untuk anak-anak masyarakat pelarian Rohingya di negara ini. Melalui tarbiyah dan dakwah Islamiah yang disampaikan kita berharap mereka akan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.
KEMPEN BULAN MEI DAN JUN 2008 1000 naskah Al-Quran dan Muqaddam diperlukan untuk diagihkan kepada 11 buah madrasah di negara ini – 3 di Pulau Pinang, 3 di Selangor, 2 di Wilayah Persekutuan dan 3 di Johor. HARGA AL-QURAN DAN MUQADDAM Melalui tinjauan yang dibuat di Kuala Lumpur, harga senaskah Al-Quran dan senaskah Muqaddam (jenis plastik) adalah seperti berikut:- Al-Quran Muqaddam (jenis plastik) *RM10.00 senaskah *RM15 senaskah (*) Lazimnya, pihak pembekal akan memberikan potongan harga bergantung kepada jumlah pesanan) CARA MENYAMPAIKAN SUMBANGAN (a) Pembayaran Melalui Cek Berpalang/Money Order Para penderma boleh menghantar sumbangan kepada pejabat kami melalui cek berpalang atau money order atas nama ‘Future Global Network’ dan pihak kami akan menguruskan pembelian serta pengantaran ke madrasah-madrasah berkenaan. Kos yang ditetapkan adalah seperti berikut:- Pilihan Kos (termasuk potongan harga) Jumlah Kos Pengurusan dan Kos Pengangkutan Infaq 50 naskah 50 x RM25 (- 5%) RM 1188.50 Terserah kepada keikhlasan penderma Infaq 100 naskah 100 x RM25 (- 8%) RM 2300.00 - sama -
Infaq 200 naskah 200 x RM25 (- 10%) RM 4500.00 - sama -
(b) Membeli dan Menghantar Sendiri ke Pejabat FGN Para penderma boleh juga membeli dan menghantar sendiri naskah- naskah Al-Quran dan Muqaddam ke pejabat FGN di alamat berikut:- FUTURE GLOBAL NETWORK (FGN) Aras 1, Blok Persidangan Alafanda Kompleks Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur Tel: 03-61877020 Faks: 03-61866020 PERTANYAAN Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Ghazali Yasin atau Khalid Said di nombor telefon di atas.
|