FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 3 guests online

Projek Rohingya
Pusat Pendidikan Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) PDF Print E-mail

Penubuhan dan Matlamat

REC adalah sebuah sekolah yang telah ditubuhkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH) dan Future Global Network Foundation (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Taman Arowana, Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.  Sekolah yang telah mula beroperasi pada 1 Julai 2010 menerima bantuan dana dari UNHCR selaku penyumbang utama, WADAH sebagai rakan kongsi, manakala Future Global Network Foundation (FGN) dilantik sebagai pengurus projek pendidikan tersebut. Bantuan dana juga diterima daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang. Status mereka sebagai anak-anak pelarian yang berhijrah dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membolehkan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan.

WADAH dan FGN merasa terpanggil untuk membantu menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak tersebut. Sebelum penubuhan REC, anak-anak ini hanya berpeluang mengikuti kelas-kelas pengajian AlQuran serta asas-asas Fardhu Ain di empat madrasah utama di sekitar Seberang Perai di bawah kelolaan FGN melalui bantuan dana Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Murid, Kurikulum dan Tenaga Pengajar

Kini terdapat 100 orang murid (56 lelaki & 44 perempuan) yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun. Mereka sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang lebih formal dan teratur.

Kurikulum yang digunapakai adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran berserta bimbingan dan khidmat nasihat Yayasan Takmir Pendidikan bagi subjek-subjek akademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Sivik dan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

Pencapaian murid-murid amatlah memberangsangkan di mana sebilangan mereka telah mempamerkan kemampuan untuk bersaing dengan murid-murid di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. REC berbangga kerana sebahagian besarnya adalah terhasil daripada kegigihan dan kesabaran 7 orang tenaga pengajar (termasuk seorang Guru Besar) yang terdiri daripada pesara professional dan pesara guru serta yang sudah ada pengalaman mengajar.

Sokongan

REC dipantau oleh barisan Jemaah Pengurusan yang terdiri daripada 14 orang anggota. Sebahagian besarnya adalah ahli-ahli WADAH dan ABIM Pulau Pinang. Setinggi penghargaan buat mereka yang telah banyak menyumbang dari segi masa, tenaga serta ide-ide untuk memastikan kelancaran perjalanan sekolah.

REC juga menjalin kerjasama erat dengan SERI ABIM serta Dalat International School di Pulau Pinang melalui aktiviti bersama termasuklah seminar untuk guru serta aktiviti-aktiviti lawatan dan pertandingan acara sukan di kalangan murid-murid.

Majlis Ulama Rohingya (MUR) juga sentiasa memberi sokongan dan kerjasama melalui program-program ceramah kemasyarakatan mereka dengan menekankan aspek kepentingan pendidikan untuk generasi muda.

Rancangan Masa Depan

WADAH dan FGN kini sedang merancang untuk merealisasikan kurikulum bersepadu di REC mulai Januari 2012, yakni dengan menggunakan kurikulum sekolah-sekolah SERI di bawah Yayasan Takmir

WADAH Pusat dan WADAH Selangor sedang bekerjasama untuk membuka sebuah lagi sekolah REC di Klang mulai Januari 2012.

 

Sekitar Majlis Ihtifal REC yang Pertama pada 15 November 2011

 
Kursus Kepimpinan dan Pengurusan Siri -2 PDF Print E-mail

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN UNTUK PEMIMPIN-PEMIMPIN MASYARAKAT ROHINGYA DAN MYANMAR MUSLIM

ImageFuture Global Network (FGN) telah berjaya menganjurkan satu lagi kursus untuk pemimpin-pemimpin masyarakat pelarian Rohingya dan Myanmar Muslim yang berlangsung pada 27 hingga 29 Jun 2008 di Kompleks Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat, Gombak, Kuala Lumpur.

ImagePeserta terdiri daripada 20 orang yang dipilih dari kalangan guru agama, pendakwah, pemimpin badan-badan dakwah dan kebajikan serta ketua madrasah-madrasah yang diwujudkan untuk memberi pendidikan agama kepada anak-anak masyarakat Rohingya dan Myanmar Muslim dari negeri Johor, Pulau Pinang, Trengganu, Selangor dan Wilayah Persekutuan. 

Tujuan FGN menganjurkan kursus tersebut ialah untuk:

• memberi pendedahan kepada mereka tentang konsep kepimpinan dan sifat-sifat mulia
yang perlu dijadikan amalan pada setiap pemimpin;

• memberi kefahaman tentang konsep asas pengurusan organisasi untuk membolehkan anggota kepimpinan sesebuah pertubuhan menguruskan organisasi dengan cekap dan berkesan serta berupaya menangani krisis, menyelesaikan isu dan permasaalahan yang timbul.

• memperkenalkan konsep perancangan strategik sebagai satu kaedah untuk membolehkan
anggota kepimpinan sesebuah organisasi menyusun misi bagi mencapai visi dan matlamat organisasi.

 

 
Gotong Royong PDF Print E-mail

ImagePada 1 Jun 2008 yang lalu FGN telah mengaturkan gotong royong untuk mengecat dan membaikpulih bangunan Madrasah Darul Ullom Kg Sungai Pinang, Klang.  Seramai lebih kurang 30 orang penjaga murid, termasuk 3 pegawai FGN, terlibat dalam program sehari itu.  Enam ibu murid juga turut serta membantu menyediakan makan-minum. 

Madrasah tersebut, yang berada di bawah naungan FGN, diuruskan oleh sebuah Jawatankuasa yang dipimpin oleh Ustaz Syad Kasim bin Abdul Majid, selaku Koordinator. 

ImageBilangan murid kini sudah meningkat ke 49 orang. Mereka mengikuti pengajian Al-Quran, Fardhu Ain, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.  Manakala 10 orang murid lelaki tinggal di madrasah tersebut – mereka sedang mengikuti pengajian Tahfiz Al-Quran.

Dengan suasana persekitaran yang bersih dan ceria kita harap Madrasah Darul Ullom ini dapat memberi manfaat kepada  kanak-kanak masyarakat pelarian Islam Rohingya untuk menimba ilmu di situ.

 
The Rohingya of Arakan, Myanmar PDF Print E-mail

Rohingyas are the indigenous people of Rohang, the ancient name of Arakan, Burma, now Myanmar. Numbering around three million, half of their populations have lived in diaspora since the military Junta had cancelled their citizenship in 1988. More than ten thousands of them have found their way to Malaysia, while the bulk are in the sub-continent and in the Middle East. FGN staff, Zakaria Abdullah and Ghazali Yasin, have interviewed  Abul Faiz K. Jilani, Executive Committee member of Rohingya National Organization (RNO), chief coordinator of National League for Democracy  (NLD) for Maungdaw Township and author of the book, "The Rohingyas of Arakan: their quest for justice." Following is the result of the interview.
 
FGN:  What is the current situation of Rohingyas inside Arakan?
AFKJ:  For now, the harsh method of the militarization over the Rohingyas have subsided, thanks to the international pressure upon the ruling military Junta. But the dehumanization policy applied on the Rohingyas through the NaSaKa or Village Military Committee, which keep strictly in check the movements of residents.

 
Projek ‘Infaq CelikAl-Quran’ PDF Print E-mail

ImageFuture Global Network (FGN) mempelawa umat Islam menyertai projek ‘Infaq Celik Al-Quran’ untuk membantu lebih kurang 1000 kanak-kanak pelarian masyarakat Islam Rohingya yang berada di negara ini.

MENGAPA PERLU ‘INFAQ CELIK AL-QURAN’ KEPADA KANAK-KANAK ROHINGYA?

Imagea) Kanak-kanak Rohingya yang menetap di negara kita ini hidup dalam keadaan terlalu dhaif. Mereka tidak dapat memasuki sekolah Kerajaan oleh kerana tidak mempunyai sijil kelahiran dan dokumen yang sah. Sebagai pelarian mereka tidak tergolong dalam kumpulan warganegara asing yang dibenarkan mendaftar di sekolah Kerajaan, selaras dengan peraturan yang termaktub dalam Akta Pendidikan (1966).

(b) Tanpa pengajian Al-Quran dan bimbingan agama akidah kanak-kanak ini akan terancam. 

c) FGN, sebagai pertubuhan yang mendaulatkan Islam, dengan kerjasama beberapa badan dakwah dari kalangan masyarakat Rohingya, telah menggerakkan program pendidikan dan dakwah untuk anak-anak masyarakat pelarian Rohingya di negara ini.  Melalui tarbiyah dan dakwah Islamiah yang disampaikan kita berharap mereka akan menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

 
<< Start < Prev 1 2 Next > End >>

Page 1 of 2