|
1 Ramadan 1429H / 1 September 2008
KEMPEN INDIVIDU 3 S (Sumbangan SeRibu Ringgit Seorang) untuk Pembangunan Masjid Sheikh Muhammad Nur Kampung Sungai Chinchin, Gombak, Selangor Darul Ehsan
Menafkah harta di jalan Allah, balasannya 700 kali ganda
مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّئَةُ حَبَّةٍ وَاللّهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاء وَاللّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah) adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai, seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui” (Al-Baqarah 2: 261) Tuan/Puan 1. Alhamdulillah dengan segala puji kepada Allah Taˋala, kita telah diberi kesempatan untuk menghirup udara Ramadan yang penuh berkat dan rahmat untuk kesekian kalinya. 2. Sempena dengan bulan yang penuh rahmat ini, saya mengajak Tuan/Puan untuk turut serta di dalam menjayakan Pembangunan Masjid Sheikh Muhammad Nur di Kampung Sungai Chinchin, Batu 7¾, Jalan Gombak, Selangor. 3. Untuk makluman Tuan/Puan, Kg Sungai Chinchin seluas 14 ekar ini diterokai oleh Almarhum Sheikh Muhammad Nur sekitar tahun 1894, iaitu 114 tahun yang lalu, yang bertujuan untuk dijadikan sebuah perkampungan Islam untuk dakwah dan tarbiah di kalangan masyarakat tempatan dan di luar Selangor. |