Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Future Global Network Foundation (FGN) akan berkerjasama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) untuk menguruskan Ibadah Qurban 1432H di Kemboja. Wakil FGN & GPM akan berada di Kemboja pada 5-7 November 2011.
“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari’atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah dirizkikan Allah kepada mereka, maka Rabb-MU adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-NYA. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh.” (Qs. Al-Hajj (22): 34)
Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-6187702 - Wan Azizah
Kompleks Perkampungan An-Nur ini akan merupakan sebuah perkampungan Islam yang mendukung konsep hablumminallah wahablumminannas. Selain daripada membangunkan tempat kediaman, perkampungan ini akan juga menyediakan prasarana yang lengkap dan menzahirkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan orang Islam yang bermastautin di situ mendalami ilmu agama disamping menunaikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi menjadi orang mukmin yang beriman dan bertakwa terhadap kebesaran Allah Subhanahuwataala.
Agensi Kerajaan, Sektor Korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan dalam bentuk cek atas nama FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION. Resit pengecualian cukai pendapatan akan dikeluarkan (atas permintaan)
No. akaun : 12-113-01-003041-2
Nama bank : Bank Islam Malaysia Berhad
Cawangan : Taman Melawati, Kuala Lumpur
Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman (03 - 6187 7020)
Sumbangan Derma
Agensi Kerajaan, sektor korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan melalui 2 kaedah berikut:-
1. Cek Berpalang atau Money Order atas nama “Future Global Network Foundation” dan poskan ke alamat berikut:-
FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda Kompleks Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur
2. Mendepositkan terus ke dalam akaun bank “Future Global Network Foundation”. Butir-butir akaun dan maklumat bank adalah seperti berikut:-
No. Akaun: 12-113-01-003041-2
Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Alamat bank: Lot 254/255, Jalan Bandar 12 Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur