FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: futureglobalnetwork@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 1 guest online

Malaysia jadi tuan rumah mesyuarat Ahli Majlis UNIW PDF Print E-mail

Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Ahli Majlis yang ke 9 di Kuala Lumpur pada 22 Mei yang lalu setelah mengadakan mesyuarat ke-8 di Kosovo November tahun lalu. 50 orang delegasi terdiri daripada pimpinan NGO dari seluruh dunia yang telah dilantik menjadi Ahli Majlis telah hadir pada mesyuarat kali ini.

FGN adalah ahli UNIW.  Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN adalah salah seorang Ahli majlis dan Pengasas UNIW dan dilantik sebagai Pengerusi, Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti yang berperanan untuk menjalankan kerja-kerja membina rangkaian dengan NGO-NGO di seluruh dunia melalui aktiviti sosial, kemanusiaan dan solidariti.

UNIW ditubuhkan hasil daripada resolusi yang dicapai dalam persidangan bertema “The International Conference of Non-governmental Organizations of the Islamic World : Searching for a New Vision in a Changing World “ pada 1 Mei 2005 di Istanbul, Turki. Persidangan tersebut disertai oleh lebih 300 NGO daripada 40 buah negara.

Bulent ARINÇ dan Abdullah GUL (Presiden Turki sekarang), yang masing-masing memegang jawatan Pengerusi Parlimen dan Menteri Luar Turki pada ketika itu adalah penggerak penubuhannya.

Necmi SADIKOGLU dilantik sebagai Setiausaha Agung UNIW. Beliau merupakan Pengerusi, Lembaga Pengarah Turkish Voluntary Organizations Foundation (TGTV).

Penubuhan UNIW bertujuan untuk menyatukan umat Islam di dunia ini.  Pengasas UNIW berpendapat bahawa usaha penyatuan lebih mudah dilakukan melalui gerakan NGO oleh kerana pendekatan kerja NGO tidak mempunyai banyak kerenah birokrasi. Bagi memastikan NGO-NGO Muslim yang terdapat di mana-mana pelusuk dunia ini bersatu maka ia perlulah digabungkan di bawah naungan kesatuan ini (UNIW).

Pada masa ini terdapat 130 buah NGO yang menjadi ahli UNIW.

 

Projek Madinah An-Nur

  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur

Info Projek Perkampungan Islam

Kompleks Perkampungan An-Nur ini akan merupakan sebuah perkampungan Islam yang mendukung konsep hablumminallah wahablumminannas.  Selain daripada membangunkan tempat kediaman, perkampungan ini akan juga menyediakan prasarana yang lengkap dan menzahirkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan orang Islam yang bermastautin di situ mendalami ilmu agama disamping menunaikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi menjadi orang mukmin yang beriman dan bertakwa terhadap kebesaran Allah Subhanahuwataala.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman (03 - 6187 7020)

Sumbangan Derma

Agensi Kerajaan, sektor korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan melalui 2 kaedah berikut:-

1. Cek Berpalang atau Money Order atas nama “Future Global Network Foundation” dan poskan ke alamat berikut:-

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION

Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

2. Mendepositkan terus ke dalam akaun bank “Future Global Network Foundation”.  Butir-butir akaun dan maklumat bank adalah seperti berikut:-

No. Akaun: 12-113-01-003041-2

Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad

Alamat bank:
Lot 254/255, Jalan Bandar 12
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

No. Telefon:    03-41077800 / 41076842