Alamat Perhubungan
FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION Aras 1, Blok Persidangan Alafanda Kompleks Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6187 7020 Faks: 03-6186 6020
Email: futureglobalnetwork@gmail.com
Laporan Mavi Marmara

Buletin FGN

Ahli Online
We have 1 guest online
| |
|

Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi Future Global Network Foundation diundang menghadiri Sidang Dakwah Afrika di Khartoum, Sudan pada 10 - 11 Februari 2010, anjuran Munazzamat Da’wah Sudan, sebuah badan dakwah yang terkemuka pimpinan Field Marshal (Bersara) Abdul Rahman Suar Dahab (bekas Presiden Sudan).Pada sidang tersebut sdr Ahmad Azam telah sekali lagi dipilih sebagai salah seorang Ahli Pemegang Amanah badan dakwah tersebut bagi tempoh empat tahun (2010-2014). Beliau adalah satu-satunya wakil dari Malaysia dan rantau Asia yang diundang mendudukki badan itu. Sidang Dakwah Afrika itu telah disertai seramai 60 ahli pemegang amanah bagi membincangkan program dakwah Islamiyah di benua Afrika; yang terdiri daripada tokoh-tokoh pendakwah terkemuka dari negara-negara Arab dan Afrika.
Turut diundang sama ialah Abon’go Malik Obama dari Kenya, yang merupakan abang tiri kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama. Malik juga adalah antara tetamu yang diundang ke majlis Pengisytiharan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Malik, yang bersyukur kerana dipilih oleh Allah ta’ala menjadi seorang Islam ialah anak isteri ayahnya yang pertama dan merupakan anak yang paling tua. Menurut Malik, datuknya adalah di antara generasi awal Islam di Kenya. Beliau agak rapat dengan Presiden Barack Obama. Menurut Malik – beliau menjadi ‘best man’ kepada Barack ketika perkahwinannya dengan Michelle, dan begitu juga sebaliknya ketika beliau berkahwin, Barrack menjadi ‘best man’. Untuk cerita lanjut tentang pertemuan Ahmad Azam dengan Abong’go Malik Obama sila rujuk <ahmadazam.blogspot.com>
|
|
|
|