Alamat Perhubungan
FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION Aras 1, Blok Persidangan Alafanda Kompleks Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6187 7020 Faks: 03-6186 6020
Email: futureglobalnetwork@gmail.com
Buletin FGN

Ahli Online
We have 1 guest online
| |
|
Kepimpinan FGN yang dipimpin oleh Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke dua buah madrasah Rohingya (yang berada di bawah naungan FGN) di Pulau Pinang pada 23 Oktober 2009. Tujuan lawatan ialah untuk memantau dan melihat sendiri perkembangan dan kemajuan yang dicapai setakat ini.
Madrasah Darul Quran terletak di Jalan Baru, Bukit Mertajam, manakala Madrasatul Muhajirin berada di Taman Senangin, Perai. Sumbangan dana untuk pembiayaan sewa bangunan madrasah dan elaun guru disalurkan melalui FGN oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan. Ahmad Azam berpuashati dengan kemajuan yang dicapai di kedua madrasah tersebut – terutamanya di Madrasah Darul Quran, Jalan Baru, Bukit Mertajam di mana hampir kesemua murid yang berumur dalam lingkungan 8 – 14 tahun (jumlah murid 28 orang) di bawah pimpinan Ustaz Innamullah Haq bin Mohd. Hussain dapat menghafal surah Yassin dan boleh membaca al-Quran dalam tempoh 6 bulan sahaja.
Ustaz Innamullah Haq, yang memiliki ijazah dari sebuah pusat pengajian tinggi di Bangladesh, menggunakan ‘Kaedah Nurani’ yang membolehkan murid mengenal huruf dan membaca mengikut tajwid dengan betul.
Manakala di Madrasatul Muhajirin, Perai – madrasah beruntung mendapat seorang guru tempatan (Syed Ghazali) yang menawarkan diri mengajar matapelajaran akademik seperti bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Matematik.
|
|
|
|