|
Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN, telah diundang untuk menjadi ‘Master Trainer’ di Simposium Nuqaba’ 1009 anjuran Kolej Mara Banting, Selangor Darul Ehsan yang berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2009 di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.  Environmental Scanning - Analisis Isu-isu semasa peringkat global
Program tersebut, yang dihadiri lebih daripada 100 orang pelajar baru Kolej Mara Banting, merupakan pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan SPM - dipilih oleh Kerajaan mengikuti kursus persediaan di kolej tersebut sebelum dihantar keluar negara untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang professional seperti kedoktoran, kejuruteraan, sains aktuari, biosains, teknologi maklumat dan sebagainya. Dalam penyampaian ceramah, Tuan Haji Ahmad Azam, antara lain, menekankan keperluan berdakwah bagi membina jamaah yang berkesan. Pendakwah katanya, perlu memahami realiti politik semasa sama ada di peringkat serantau mahu pun global. Peserta juga diingatkan tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai individu Muslim di dunia ini bagi menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Perbincangan secara berkumpulan juga diadakan - menekankan semangat berpasukan, mengenali diri melalui kaedah ‘Kompas Personaliti Seimbang’, ‘Carta Kehidupan’ dan ‘SWOT analysis’. Selain daripada itu, mereka juga diberi kefahaman tentang penyelesaian masaalah mengikut kaedah ‘Thinking Outside the Box’. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu bertujuan untuk memupuk kekuatan spiritual anak-anak pintar ini supaya mereka, yang suatu masa nanti menjadi individu penting dalam organisasi atau masyarakat - akan menjadi insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik malah mampu melibatkan diri dalam bidang dakwah untuk memperkasakan Islam.
|