FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: futureglobalnetwork@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 1 guest online

Pengerusi FGN Kekalkan Jawatan Ahli Majlis UNIW PDF Print E-mail
Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-3 di ibupejabat Ansar Foundation, Istanbul Turki pada 1 Jun 2009 yang lalu.  Mesyuarat Agung  telah dirasmikan oleh Setiausaha Agung UNIW, Necmi Sadikoglu.  Hampir semua pimpinan 130 NGO yang menjadi ahli UNIW telah hadir.

Mesyuarat Agung kali ini menyaksikan tahun pemilihan di mana sdr Ahmad Azam telah mengekalkan jawatanya sebagai Ahli Majlis dan juga Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti.  Jawatan Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung juga kekal kepada penyandangnya iaitu Necmi Sadikoglu dan Dr Ali Kurt, kedua-duanya dari Turki.

Beberapa ketetapan dan penilaian terdapat aktiviti yang dijalankan telah dipersetujui demi memantapkan halatuju untuk masa tiga tahun akan datang. Beberapa buah NGO dari Turki, Sudan, Cameroon, Bangladesh, Sri Lanka, Iraq, Lebanon, Pakistan, Syria, Mauritania, Sierra Leone, Chad, Britain, Burkina Faso dan  Morocco telah diterima menjadi ahli baru UNIW pada mesyuarat kali ini.

Bersempena dengan Mesyuarat Agung kali ini juga satu Seminar Antarabangsa mengenai Palestin turut diadakan pada 30-31 Mei di Hotel Grand Cevahir. Hampir dua ribu peserta dari seluruh pelusuk dunia telah hadir pada seminar kali ini. Tokoh-tokoh di kalangan pemimpin NGO seluruh dunia telah dijemput membentangkan kertas kerja termasuklah dari Malaysia iaitu sdr Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN. Beliau telah berkongsi pandangan dengan hadirin menerusi kertas kerja “Krisis Palestin: Pemerkasaan Multipolarism dan peranan Masyarakat Sivil”.

Dalam pembentangan tersebut, beliau yang juga mantan Presidan ABIM telah menyarankan masyarakat Islam supaya melakukan reformasi di peringkat dalaman dan luaran sepertimana yang dilakukan Sultan Muhammad Al-Fateh untuk menawan kota Istanbul. Menurut beliau lagi, tanpa perubahan tersebut, kemenangan sama sekali tidak akan berpihak kepada Palestin. Sementara itu, beliau turut mengkritik sikap individualistik dan dokongan nasionalisme Arab yang menebal yang menjadi punca utama kepada kejatuhan Empayar Islam Uthmaniah pada tahun 1924.