|
Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi Future Global Network berada di Khartoum, Sudan dari 14 - 18 Januari 2008 menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Munazzamat Al-Daˋwa Al-Islamiyya.
Munazzamat Al-Daˋwa Al-Islamiyya, sebuah NGO yang dipengerusikan oleh bekas Presiden Sudan, General Abdul Rahman Mohammed Hassan Suar Al-Dahab. Munazzamat mempunyai 60 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang kebanyakannya dipilih dari negara-negara Afrika dan Arab. Sdr Ahmad Azam merupakan satu-satunya Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik dari rantau ini. Pelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kewibawaan beliau menerajui Gerakan Islam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di peringkat nasional dan antarabangsa.
|