|
Sdra. Mohd Farid Hosen, Pengarah Eksekutif dari Cambodian Muslim Intellectual Alliance telah mengunjungi pejabat FGN pada 5 Oktober 2007. Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman, mengenai isu-isu yang berhubung dengan pelbagai pendekatan untuk membangun dan mengembangkan pendidikan Islam di kalangan masyarakat Cham, yang digerakkan CMIA di Kemboja.
|