FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 2 guests online

FGN Anjur Kursus Kepimpinan dan Jatidiri PDF Print E-mail

Future Global Network (FGN) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Jatidiri untuk 18 orang yang terdiri daripada guru-guru madrasah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Ulama Rohingya pada 4 hingga 6 Januari 2008 di Kompleks Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat, Gombak, Kuala Lumpur.

ImageKursus tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang konsep kepimpinan dan nilai-nilai murni yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin. Selain daripada itu, kursus tersebut juga bertujuan memperkenalkan konsep asas pengurusan seperti perancangan (planning), pengelolaan (organizing) dan kawalan (control), iaitu kaedah yang perlu diikuti dalam proses pengendalian sesuatu projek untuk mencapai matlamat yang diharapkan. 

Melalui kursus sedemikian, golongan ulama tersebut diharap dapat menjalankan peranan dan tanggungjawab mereka bersistematik dan berkesan untuk  menyampaikan pendidikan dan dakwah kepada anak-anak dan juga golongan masyarakat, yang mengikut perangkaan UNHCR, seramai lebih kurang 15,000 orang berstatus pelarian berada di Malaysia.  Madrasah merupakan tempat anak-anak Rohingya mempelajari fardu ain dan pengajian al-Quran oleh kerana sebagai pelarian mereka tidak berpeluang mengikuti pengajian di sekolah bantuan kerajaan di negara ini.  Dengan menekankan pengajian  agama maka akan dapat mengukuhkan keimanan dan ketakwaan mereka terhadap Allah S.W.T. dan dengan itu dapat menjadikan mereka insan yang berguna dan bukan menimbulkan masaalah kepada negara ini. Image

Program

Program keseluruhan di sepanjang 3 hari, 2 malam menggabungkan ceramah-ceramah yang menekankan teras utama kursus iaitu, isu-isu pendidikan dan dakwah, kepimpinan dan jatidiri serta pengurusan organisasi. Disamping itu, program disulami juga dengan aktiviti-aktiviti bersifat jasmaniah dan rohaniah seperti kuliah subuh, qiamullail, muhasabah diri dan riadah yang kesemuanya mendukung falsafah mengenal diri dan keinsafan, pengukuhan ukhwah dan kerja secara berpasukan.


Ceramah

Enam sesi ceramah diadakan sepanjang kursus adalah seperti beikut:-

Ceramah 1 - “Tujuan dan Matlamat Kursus”
   oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman
   Pengerusi, Future Global Network (FGN)

Ceramah 2 - “Perjuangan Masyarakat Rohingya”
   oleh Encik Sawmee Ullah bin Nawzumeah
   Pegawai Penerangan dan Undang-Undang
(Masyarakat Rohingya di Malaysia),
   Future Global Network (FGN)

Ceramah 3 - “Isu dan Permasaalahan Dunia dan Umat Islam Masakini”
   oleh Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman

Ceramah 4 - “Menjalankan Kerja-Kerja Dakwah Yang Berkesan”
   oleh Tuan Haji Abdul Munir bin Haji Ismail,
   Penolong Pengarah dari Jabatan Agama Islam Wilayah
Persekutuan (JAWI).

Ceramah 5 - “Sistem Pendidikan ABIM”
   oleh Tuan Haji Mahyuddin Ashaari,
   Pengerusi, Yayasan Takmir Pendidikan
   Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

Ceramah 6 - “Pengurusan Projek”
   Oleh Encik Ghazali Yasin
   Pengarah Projek, Future Global Network (FGN)

 

Penilaian Kursus

Tuan Haji Ahmad Azam yang mempengerusikan sesi tersebut menyatakan rasa syukur kerana FGN dapat mengatur program untuk bangsa Rohingya. Beliau berharap golongan ulama yang mengikuti kursus tersebut, yang rata-ratanya muda (di bawah 50 tahun), dapat menyumbang bakti lebih panjang, mudah-mudahan untuk mendidik anak bangsa mereka lebih beriman dan bertakwa. 

Beliau mengingatkan supaya para ulama dapat menjalankan tarbiyah yang berkesan dan bermutu bagi memastikan tidak ada kaum Rohingya yang terlibat dalam kes jenayah dan gejala sosial. Disamping mendalami ilmu agama, para peserta juga diingatkan supaya meningkatkan kefahaman tentang ilmu dunia, terutama bidang pengurusan dan cara-cara menguruskan kewangan dengan telus dan bertanggungjawab.

Sekiranya kedudukan kewangan mengizinkan FGN akan cuba membekalkan mesin jahit untuk kegunaan dan melatih wanita-wanita Rohingya mempelajari bidang jahitan. Bagi golongan pemuda pula, akan diusahakan untuk mereka mengikuti kursus kemahiran dengan bantuan Pusat Giat MARA.

Bagi 18 orang peserta, yang rata-rata mereka telah lama tinggal di negara ini, sependapat bahawa kursus tersebut merupakan kursus pertama yang pernah mereka ikuti.  Sebelum ini belum ada mana-mana pihak, sama ada agensi kerajaan atau pun swasta yang pernah mengumpulkan golongan ulama Rohingya.  Mereka rata-rata terharu dan berterima kasih sebab FGN dapat memberi bimbingan kepada mereka untuk meningkatkan dakwah Islamiyah di kalangan bangsa Rohingya di negara ini.