FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 1 guest online

FGN ahli baru UNIW PDF Print E-mail

ImageMesyuarat Ahli Majlis Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) yang diadakan di Kuwait pada 30-31 Mei 2008 yang lalu telah dengan rasminya menerima permohonan keahlian Future Global Network (FGN) untuk menganggotai pertubuhan itu.  UNIW pada ketika ini dianggotai 130 buah persatuan Islam dari 40 buah negara.

ImagePengerusi FGN, Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga Ahli Majlis UNIW merangkap Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti memaklumkan bahawa UNIW juga telah bersetuju untuk mengadakan mesyuarat Agung ke-3 pada bulan Mei 2009 di Kuala Lumpur. 

Persatuan Islam dari Malaysia yang telah menganggotai UNIW ialah Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar-pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH), Global Peace Mission (GPM), Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) dan Yayasan Pembangunan Ummah (YPU).