FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: futureglobalnetwork@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 1 guest online

Ekspedisi Pendidikan ke Turki PDF Print E-mail

Sultan Muhammad Al-Fatih Penakluk Konstantinopel

ImagePada 28 Mei - 8 Jun 2009 yang lalu,  satu Ekspedisi Pendidikan Antarabangsa ke Turki telah dianggotai oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam Malaysia antaranya termasuklah Future Global Network Foundation (FGN), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission Malaysia, Yayasan Takmir Pendidikan, dan Yayasan Islam Hadhari.

Ekspedisi ini dianjurkan bersempena dengan Mesyuarat Agung Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) dan juga Seminar Antarabangsa mengenai Palestin serta Simposium Antarabangsa mengenai Bediuzzaman Said Nursi anjuran  Hyrat Foundation, sebuah NGO di Turki.

Acara ekspedisi dimulai pada 29 Mei 2009 dengan menghadiri jemputan ke majlis sambutan ulangtahun ke 556 penaklukan Kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al Fatih pada 29 Mei 1453. Pada tarikh keramat inilah Sultan yang baru berusia 21 tahun telah membuka Kota Istanbul, memenuhi impian untuk melaksanakan Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
"Konstantinopel akan jatuh ke tangan Islam. Pemimpin yang menaklukinya  adalah sebaik-baik pemimpin dan pasukan yang berada di bawah komandonya adalah sebaik-baik pasukan"
H.R Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335
Selepas 800 tahun hadis ini diucapkan oleh Rasulullah S.A.W barulah ianya  menjadi kenyataan.
Image

Pada 30 dan 31 Mei 2009 pula, peserta ekspedisi telah menghadiri Seminar Antarabangsa mengenai Palestin di Hotel Grand Cehavir Convention Centre, Istanbul.  Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN yang mengetuai Ekspedisi ini  dan juga sdr Mohd Faisal Abdul Aziz, Naib Presiden Antarabangsa PKPIM telah membentangkan kertas kerja di seminar berkenaan.

Makam Muhammad Al Fatih, Masjid Biru, Masjid Al Fatih, Masjid Eyub Sultan, merentas Selat Bosphorus, Miniaturk, Panorama Musium adalah tempat-tempat bersejarah yang dilawati di sekitar Istanbul.

Pada tanggal 3 Jun 2009, agenda ekspedisi kami diteruskan dengan kunjungan Bursa.  Bursa ialah ibunegara pertama Kerajaan Uthmaniah yang ditakluk dari Empayar Byzantine pada tahun 1326.  Di Bursa kami sempat melawat Masjid Ulu (ulu bermaksud besar dalam bahasa Turki) yang mempunyai 20 kubah dan juga makam Osman Gazi serta makan anaknya Ozkhan Gazi.

Destinasi seterusnya ke Konya iaitu sebuah Bandar yang terletak di tengah-tengah Turki. Perjalanan yang begitu panjang sehingga memakan masa selama dua hari itu menyebabkan kami terpaksa singgah bermalam di sebuah Bandar kecil Turki, Boldavin (Afyon) untuk menghilangkan kepenatan. Di kiri kanan tempat penginapan kami ialah ladang penanaman popi.

Menjejaki Maqam Maulana Jalaludin Ar-Rumi di Konya

Pada keesokannya iaitu bersamaan dengan 4 Jun, kami meneruskan perjalanan ke Bandar Konya. Semasa perjalanan, kami sempat melawat sebuah Kilang mencetak Al-Quran yang terletak di Isparta. Lawatan kami ke sana disambut meriah oleh pemimpin utama Hayrat Foundation, Ustaz Said Nuri dan beberapa wakil Isparta lain termasuk mahasiswa Universiti Sulaimani Damirel. Di sana kami dihidangkan dengan juadah makanan tengah hari masakan Turki yang terkenal dengan kelazatan ayam panggangnya. Sebelum kami meninggalkan Bandar Isparta, seluruh peserta ekspedisi mendengar kuliah ringkas dari Ustaz Said Nuri dan menerima cenderamata Al-Quran yang dihadiahkan oleh wakil mereka di sana.

Setelah sekian lama berada di perjalanan, akhirnya kira-kira pukul 8.20 malam, kami tiba juga ke destinasi yang dirancang. Konya sememangnya sebuah Bandar yang terkenal dengan nama bandaraya Islam di kalangan rakyat Turki. Apa tidaknya, Bandar inilah yang menjadi tempat seorang Ulama sufi terkenal Sheikh Maulana Jalaludin Rumi berdakwah dan dimakamkan. Tidak dilupakan juga, Bandar inilah yang juga menjadi kawasan seorang pemimpin politik Islam Necmuddin Erbakan mencipta nama apabila kali pertama memenangi pilihanraya kira-kira lebih 10 tahun yang lalu.

Setibanya kami di sana, kami terus dibawa ke sebuah masjid tempat di mana Sheikh Jalaludin Rumi dimakamkan. Makam beliau dikelilingi oleh kira-kira 65 makam lain yang terdiri dari keluarga terdekat beliau termasuk ayahanda beliau sendiri, Sultan Bahar.

Menurut sejarah, beliau dilahirkan di Karma sebuah Bandar di tengah Asia, dan kemudian berhijrah bersama ayahnya ke Konya. Karya terkenal beliau bernama Mesnevi (masnawi) adalah sebuah tulisan berbentuk puisi. Menurut Said Nursi Badiuzzaman, Mesnevi adalah merupakan satu cahaya nur dari tujuh cahaya Al-Quran yang menerangi alam semesta. Selepas pemergian beliau, anak muridnya telah mengasaskan sebuah tariqat tasauf. Tarikat yang diamalkan oleh sebilangan pengamal ini begitu terkenal dengan bacaan zikir sambil berpusing-pusing.

Kami difahamkan, pengasas tarikat ini telah mendengar semua zikir dari kalangan seluruh makhluk di dunia ini dan melihat beberapa makhluk telah berzikir sambil berpusing. Antara makhluk yang dinyatakaan termasuklah matahari, bumi, electron, proton dalam badan dan sebagainya yang sentiasa bergerak tanpa henti. Maka. disebabkan itulah, zikir tarikat ini dibaca sambil berpusing-pusing.

Dalam pada itu, beberapa peninggalan Sheikh seperti tasbih besar, kitab, dan karya-karya beliau juga diletakkan di kawasan berdekatan untuk tujuan pameran. Selesai lawatan kami, kami terus dibawa ke Hotel Ozkaymak, yang terletak tidak jauh dari masjid Sheikh Maulana dimakamkan.

Kami menutup agenda ekspedisi ini dengan menghadiri simposium antarabangsa mengenai Bediuzzaman Said Nursi yang dianjurkan pada 6 & & Jun 2009 di Kota Istanbul.