Alamat Perhubungan
FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION Aras 1, Blok Persidangan Alafanda Kompleks Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6187 7020 Faks: 03-6186 6020
Email: globalfgn@gmail.com
Laporan Mavi Marmara

Buletin FGN

Ahli Online
We have 2 guests online
| |
|
Phnom Penh, 4 Februari 2012. Future Global Network Foundation (FGN) sebagai rakan pelaksana kepada Global Peace Mission (GPM) untuk program pendidikan di Kemboja telah berjaya mengedarkan 500 naskhah A-Quran & Terjemahan dalam bahasa Khmer kepada pelajar-pelajar di Pusat Pengajian Ummul Qura sempena Ziarah Ukhuwwah Fil `Amal ke Kemboja.
Masyarakat Khmer di Kemboja ketika ini merupakan bangsa majoriti (95%). Peluang untuk mereka mendalami ilmu Islam dari sumber Quran dan Sunah pula adalah kecil. Oleh itu, terjemahan al-Quran di dalam bahasa Khmer adalah diharapkan dapat membantu menyebarkan ajaran Islam. Sekiranya langkah ini tidak diambil, adalah dikhuatiri akan tertanam sikap prejudis terhadap Islam seperti yang berlaku di negara barat sekarang.
Cetakan Al-Quran ini adalah hasil daripada sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin melalui kempen Infaq Ramadhan Al-Quran dan Muqaddam untuk Kemboja yang dilancarkan oleh GPM pada Ramadhan 1432H yang lalu. Kepada para penyumbang, terima kasih daun keladi...



|
|
|
|