FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: futureglobalnetwork@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 1 guest online

Laporan program
Sumbangan Makanan & Pakaian kepada Masyarakat Rohingya PDF Print E-mail

Pada bulan Ramadan yang lepas, FGN turut menyumbang barang-barang keperluan makanan dan pakaian terpakai (sumbangan rakan-rakan dan orang ramai) kepada 5 buah madrasah di Lembah Klang yang berada di bawah naungan FGN.  

Masyarakat pelarian Islam Rohingya yang majoriti mereka tinggal di penempatan setinggan (sekitar Lembah Klang dan di negeri-negeri lain di Semenanjung) amat memerlukan bantuan ehsan daripada Muslimin dan Muslimat.  Mereka tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menyara hidup sekeluarga. Tenaga mereka sering diekploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Masyarakat Rohingya berada di negara kita oleh kerana mereka tidak bernegara (stateless). Rohingya, yang merupakan penduduk asal di wilayah Arakan, Myanmar, di  diusir dari negara mereka oleh junta Myanmar. Malaysia adalah salah satu negara yang terpaksa menerima lambakan kedatangan masyarakat Rohingya.  

Sungguhpun kisah kekejaman, diskriminasi dan permasaalahan masyarakat Rohingya ini menjadi isu antarabangsa dan dibincangkan di peringkat Bangsa-bangsa Bersatu, Kesatuan Eropah dan ASEAN, namun sehingga kini masih belum nampak tanda-tanda penyelesaian politik dicapai untuk menerima pelarian masyarakat Rohingya ini kembali ke tanah air mereka di Myanmar dan diterima sebagai warganegara yang sah.

 
Lawatan ke Madrasah Rohingya di Pulau Pinang PDF Print E-mail

Kepimpinan FGN yang dipimpin oleh Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman telah mengadakan lawatan ke dua buah madrasah Rohingya (yang berada di bawah naungan FGN) di Pulau Pinang pada 23 Oktober 2009. Tujuan lawatan ialah untuk memantau dan melihat sendiri perkembangan dan kemajuan yang dicapai setakat ini.

Madrasah Darul Quran terletak di Jalan Baru, Bukit Mertajam, manakala Madrasatul Muhajirin berada di Taman Senangin, Perai.  Sumbangan dana untuk pembiayaan sewa bangunan madrasah dan elaun guru disalurkan melalui FGN oleh Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang dan Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan.

Ahmad Azam berpuashati dengan kemajuan yang dicapai di kedua madrasah tersebut – terutamanya di Madrasah Darul Quran,   Jalan Baru, Bukit Mertajam di mana hampir kesemua murid yang berumur dalam lingkungan 8 – 14 tahun (jumlah murid 28 orang) di bawah pimpinan Ustaz Innamullah Haq bin Mohd. Hussain dapat menghafal surah Yassin dan boleh membaca al-Quran dalam tempoh 6 bulan sahaja.  

Ustaz Innamullah Haq, yang memiliki ijazah dari sebuah pusat pengajian tinggi di Bangladesh, menggunakan ‘Kaedah Nurani’ yang membolehkan murid mengenal huruf dan membaca mengikut tajwid dengan betul.  

Manakala di Madrasatul Muhajirin, Perai – madrasah beruntung mendapat seorang guru tempatan (Syed Ghazali) yang menawarkan diri mengajar matapelajaran akademik seperti bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan Matematik.

 
Lawatan Pen Setiausaha Agung UNIW ke Malaysia PDF Print E-mail

Encik Ali Kurt, Penolong Setiausaha Agung, Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) telah mengadakan lawatan ke Malaysia daripada 20 Oktober 2009 hingga 27 Oktober 2009.  Semasa berada di sini, Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman yang merupakan Ahli Majlis UNIW, sempat mengaturkan perjumpaan dengan kalangan pemimpin-pemimpin NGO Islam yang telah menjadi ahli UNIW - Future Global Network Foundation (FGN), Wadah Pencerdasan Ummat (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Global Peace Mission (GPM) dan Yayasan Takmir – bagi membincangkan pelbagai isu dan permasaalahan umat Islam di peringkat serantau dan global.

Pada masa yang sama, Ali Kurt juga melaporkan tentang kemajuan dan perkembangan politik serta ekonomi negara Turki masakini yang begitu memberansangkan di bawah kepimpinan tokoh Islam - Presiden Abdullah Gul dan Perdana Menteri Recep Erdogan.

Selain daripada itu, Sdra Ali Kurt dan Sdra Ahmad Azam juga telah berbincang tentang persiapan Mesyuarat Lembaga UNIW yang berkemungkinan diadakan di Kuala Lumpur pada bulan April 2010.

 
Sumbangan Pakaian untuk Kemboja PDF Print E-mail

Alhamdulillah, Future Global Network Foundation (FGN) telah berjaya mengumpulkan pakaian sumbangan daripada orang ramai dan telah  dihantar kepada masyarakat Champa di Kemboja. Usaha FGN ini terbit daripada rayuan yang diterima dari sebuah NGO di Kemboja iaitu ’Cambodia Muslim Intellectual Alliance (CMIA)’. Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada sdr Mohd. Farid Hosen, wakil CMIA.

Untuk tujuan tersebut, FGN telah mendapat kerjasama daripada MASKargo untuk menghantar secara percuma 12 kotak pakaian yang terdiri dari baju Melayu, baju Kurung dan juga pakaian untuk kanak-kanak.

 
Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi PDF Print E-mail
Pada  6 & 7 Jun 2009 yang lalu, Hayrat Foundation, sebuah NGO di Turki telah menganjurkan Simposium Antarabangsa Bediuzzaman Said Nursi bertemakan "Sistem Pendidikan "Risalah-i-Nur". Seramai 34 orang peserta dari Malaysia yang menyertai Ekspedisi Pendidikan ke Turki telah turut hadir ke Simposium tersebut. Dalam Simposium yang berlangsung selama dua hari itu,  Sdr  Ahmad Azam Abdul  Rahman yang merupakan Pengerusi Future Global Network (FGN) telah mewakili Malaysia untuk menyampaikan ucapan alu-aluan kepada seluruh hadirin.

Sementara itu, dua tokoh ilmuan Malaysia lain turut dijemput untuk membentangkan kertas kerja mengenai  Bediuzzaman Said Nursi. Wakil pertama, Dr. Fadhullah Jamil yang merupakan pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan perwakilan WADAH telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja bertajuk "kesan pemikiran-pemikiran Badiuzzaman dan dakwah ke atas pemuda-pemuda di Malaysia".
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 2 of 7