|
Mesyuarat FGN-UNIW telah diadakan di Bilik Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat pada 8 September 2007. Ia dipengerusikan oleh Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman yang merupakan Pengerusi Future Global Network, merangkap Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti, UNIW. Antara mereka yang hadir termasuk wakil dari Institute of Bangsamoro Studies - Mindanao, Masyarakat Islam Rohingya dan sebuah NGO Islam dari Trinidad. Wakil-wakil dari pertubuhan tempatan seperti Wadah, Global Peace Mission, Yayasan Takmir juga turut hadir.
Mesyuarat tersebut antara lain membincangkan beberapa strategi dan pendekatan untuk meletakkan FGN sebagai sebuah badan yang mampu mendaulatkan gerakan Islam di peringkat global. |