FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: futureglobalnetwork@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 2 guests online

Laporan program
International Islamophobia Conference PDF Print E-mail

Image
Dr. Ekmeleddin Ihsanoglu
Pada 9 Disember 2007 yang lalu, Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi Global Peace Mission Malaysia telah dijemput membentangkan kertas kerja bertajuk Islamophobia:  Challenges And The Way Out sempena International Islamophobia Conference, 8-9 Disember 2007 anjuran Union of NGOs of The Islamic World (UNIW) di The Grand Cevahir Hotel, Istanbul, Turki.

Dr. Ekmeleddin Ihsanoglu, Setiausaha Agung OIC telah hadir memberikan ucapan pembukaan pada hari pertama persidangan manakala Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim pula membentangkan Ucaptama.

Sdr Ahmad Azam adalah Ahli Majlis/Pengasas UNIW merangkap Pengerusi Suruhanjaya Social, Humanitarian & Solidarity.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut hasil daripada persidangan tersebut, layarilah www.theunity.org.

 
Pengerusi FGN dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Munazzamat Al Daˋwa Al Islamiyya PDF Print E-mail

Image Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi Future Global Network berada di Khartoum, Sudan dari 14 - 18 Januari 2008 menghadiri Mesyuarat Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Munazzamat Al-Daˋwa Al-Islamiyya.

Munazzamat Al-Daˋwa Al-Islamiyya, sebuah NGO yang dipengerusikan oleh bekas Presiden Sudan, General Abdul Rahman Mohammed Hassan Suar Al-Dahab. Munazzamat  mempunyai 60 orang Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang kebanyakannya dipilih dari negara-negara Afrika dan Arab.

Sdr Ahmad Azam merupakan satu-satunya Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang dilantik dari rantau ini.  Pelantikan beliau adalah berdasarkan kepada kewibawaan beliau menerajui Gerakan Islam dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di peringkat nasional dan antarabangsa.

 
FGN Anjur Kursus Kepimpinan dan Jatidiri PDF Print E-mail

Future Global Network (FGN) telah menganjurkan Kursus Kepimpinan dan Jatidiri untuk 18 orang yang terdiri daripada guru-guru madrasah dan Ahli Jawatankuasa Majlis Ulama Rohingya pada 4 hingga 6 Januari 2008 di Kompleks Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat, Gombak, Kuala Lumpur.

ImageKursus tersebut bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mereka tentang konsep kepimpinan dan nilai-nilai murni yang sepatutnya ada pada setiap pemimpin. Selain daripada itu, kursus tersebut juga bertujuan memperkenalkan konsep asas pengurusan seperti perancangan (planning), pengelolaan (organizing) dan kawalan (control), iaitu kaedah yang perlu diikuti dalam proses pengendalian sesuatu projek untuk mencapai matlamat yang diharapkan. 

 
Majlis Berbuka Puasa PDF Print E-mail
Majlis berbuka puasa antara pemimpin dan sukarelawan FGN telah diadakan di Bilik Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat pada 4 Oktober 2007. Majlis ini dihadiri 22 orang.  Satu perbincangan tentang isu semasa telah juga diadakan yang menjurus kepada merancang program dan aktiviti FGN masa depan, yang melibatkan khidmat dan sumbangan dari para sukarelawan.
 
Kunjungan dari Pemimpin Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) PDF Print E-mail
Sdra. Mohd Farid Hosen, Pengarah Eksekutif dari Cambodian Muslim Intellectual Alliance telah mengunjungi pejabat FGN pada 5 Oktober 2007.  Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman,  mengenai isu-isu yang berhubung dengan pelbagai pendekatan untuk membangun dan mengembangkan pendidikan Islam di kalangan masyarakat Cham, yang digerakkan CMIA di Kemboja.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 6 of 7