Alamat Perhubungan
FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION Aras 1, Blok Persidangan Alafanda Kompleks Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur
Tel: 03-6187 7020 Faks: 03-6186 6020
Email: futureglobalnetwork@gmail.com
Laporan Mavi Marmara

Buletin FGN

Ahli Online
We have 1 guest online
| |
Laporan program
|
FGN telah berjaya menganjurkan ‘Kursus Perancangan Kerjaya dan Kemahiran Hidup untuk Belia Masyarakat Rohingya’ pada 27 hingga 29 Mac 2009 bertempat di Bilik Seminar, Blok Persidangan Alafanda, Anjung Rahmat, Gombak. Seramai 25 orang peserta di kalangan belia Rohingya di sekitar Wilayah Persekutuan dan Selangor dipilih untuk mengikuti kursus tersebut. Y. Bhg Sahibus Samahah Dato’ Haji Mohd. Zahidi bin Wan Teh, Mufti Wilayah Persekutuan telah menyempurnakan Majlis Perasmian pada 28 Mac 2009. Manakala Ybhg Dato’ Haji Mustafa Abdul Rahman, Pengerusi PPZ Wilayah Persekutuan merangkap Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Taqwa-Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menyempurnakan Majlis Penutup pada 29 Mac 2009.
Kursus ini adalah sebahagian daripada program dakwah untuk menanamkan semangat keimanan dan ketaqwaan kepada belia Rohingya yang berumur antara 16 hingga 25 tahun. Dalam kursus ini mereka diajak untuk menginsafi kedhaifan bangsa Rohingya hari ini dan memikirkan jalan yang penuh dengan cabaran yang mereka akan tempuhi. Untuk ‘survival’ mereka perlu tahu meletak sasaran matlamat, mempunyai ilmu dan kemahiran untuk menguruskan masa dengan cekap, memiliki kemahiran sosial, pengurusan kewangan yang baik dan berkeupayaan untuk menguruskan krisis.
Kursus selama 3 hari 2 malam ini akan dikendalikan oleh Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman selaku Master Trainer dan akan dibantu oleh beberapa orang fasilitator. Antara tajuk yang telah dibincangkan adalah seperti berikut:- 1) Senario Masyarakat Rohingya dan Umat Islam – Satu Analisis 2) Analisis Kendiri & Pembentukan Jatidiri 3) Pembangunan Masa Depan dan Kemahiran Hidup 4) Pembinaan Generasi Salahuddin Al-Ayubi 5) Membina Kekuatan Belia Untuk Memperkasakan Bangsa Rohingya Selain daripada ceramah, para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk mengupas beberapa isu yang melibatkan perancangan kerjaya dan mengenalpasti ruang dan peluang bagi memilih kemahiran yang sesuai mereka ceburi untuk pembangunan masa depan dan keluarga. Sesi pembentangan akan diadakan selepas setiap perbincangan kumpulan.
|
|
|

Pengerusi Future Global Network Foundation (FGN), Haji Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) telah menghadiri mesyuarat Ahli Majlis UNIW yang diadakan di Casablanca, Morocco pada 27 Februari - 2 Mac 2009. NGO yang menjadi 'tuan rumah' kepada mesyuarat kali ini ialah Mehdi Ben Abboud Foundation for Research, Studies and Information di bawah pimpinan Dr Abdelfattah Fehdi. 
Mesyuarat dipengerusikan oleh Setiausaha Agung UNIW, Necmi SADIKOGLU. Wakil Malaysia yang turut hadir pada mesyuarat kali ini ialah Haji Abdul Halim Ismail, Setiausaha Agung Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH). Semasa berada di Morocco, Haji Ahmad Azam juga turut sempat mengadakan kunjungan hormat kepada TYT Duta Malaysia ke Morocco, Dato' Othman Samin. |
|
Pengelola Madrasahtul Muhajirin Taman Senangin, Perai, Pulau Pinang telah menganjurkan Majlis Jalsah pada 27 Januari 2009. Jalsah merupakan kenduri besar yang diadakan setahun sekali mengikut tradisi masyarakat Rohingya. Lebih kurang 1500 orang masyarakat pelarian Rohingya yang tinggal di sekitar Perai, Bagan Dalam dan Bagan Ajam telah menghadiri majlis tersebut. Disamping itu, ramai juga alim ulamak Rohingya turut hadir dan mereka menyampaikan doa selamat dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w. Tujuannya ialah untuk mendapat perlindungan, rahmat dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Pihak pengelola majlis tidak ketinggalan mengundang pemimpin-pemimpin dan jiran dari kalangan masyarakat tempatan. FGN diwakili oleh Sdra Ghazali Yasin (Pengarah Projek) dan Sdra. Mohd. Aziz Manas (Pegawai Eksekutif). |
|
Tuan Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN, telah diundang untuk menjadi ‘Master Trainer’ di Simposium Nuqaba’ 1009 anjuran Kolej Mara Banting, Selangor Darul Ehsan yang berlangsung pada 16 hingga 18 Januari 2009 di Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA.  Environmental Scanning - Analisis Isu-isu semasa peringkat global
Program tersebut, yang dihadiri lebih daripada 100 orang pelajar baru Kolej Mara Banting, merupakan pelajar yang berjaya mencapai keputusan cemerlang di dalam Peperiksaan SPM - dipilih oleh Kerajaan mengikuti kursus persediaan di kolej tersebut sebelum dihantar keluar negara untuk mengikuti kursus-kursus dalam bidang professional seperti kedoktoran, kejuruteraan, sains aktuari, biosains, teknologi maklumat dan sebagainya. Dalam penyampaian ceramah, Tuan Haji Ahmad Azam, antara lain, menekankan keperluan berdakwah bagi membina jamaah yang berkesan. Pendakwah katanya, perlu memahami realiti politik semasa sama ada di peringkat serantau mahu pun global. Peserta juga diingatkan tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai individu Muslim di dunia ini bagi menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran. Perbincangan secara berkumpulan juga diadakan - menekankan semangat berpasukan, mengenali diri melalui kaedah ‘Kompas Personaliti Seimbang’, ‘Carta Kehidupan’ dan ‘SWOT analysis’. Selain daripada itu, mereka juga diberi kefahaman tentang penyelesaian masaalah mengikut kaedah ‘Thinking Outside the Box’. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam itu bertujuan untuk memupuk kekuatan spiritual anak-anak pintar ini supaya mereka, yang suatu masa nanti menjadi individu penting dalam organisasi atau masyarakat - akan menjadi insan yang seimbang bukan sahaja dalam bidang akademik malah mampu melibatkan diri dalam bidang dakwah untuk memperkasakan Islam. |
|
Future Global Network Foundation (FGN) telah diundang mengendalikan Kursus Asas Keusahawanan anjuran Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bersama Blue-T Communications Sdn. Bhd. yang diadakan dari 19 hingga 23 Disember 2008 di Air Tenang Resort, Janda Baik, Pahang Darul Makmur. Kursus tersebut telah diikuti oleh 47 orang peserta yang terdiri daripada para graduan yang telah berjaya mengikuti program peringkat diploma dalam bidang Pengurusan Makanan Hotel dari Kolej Komuniti Selayang dan program diploma dalam bidang Teknologi Maklumat daripada Kolej Komuniti Sabak Bernam, Selangor.
Tuan Haji Ahmad Azam bin Abdul Rahman, Pengerusi FGN, yang memiliki ijazah MBA daripada sebuah universiti di Texas, Amerika Syarikat dilantik sebagai Master Trainer. Dalam program tersebut beliau telah melatih para peserta tentang kaedah-kaedah yang membolehkan mereka menganalisis diri sendiri dengan keupayaan mengenalpasti tentang kekuatan dan kelemahan, disamping memberikan tips tentang cara-cara mencari ruang dan peluang perniagaan serta cabaran yang terpaksa mereka tempuhi sebelum memasuki alam kerjaya atau menceburi dalam bidang keusahawanan. Para peserta juga diingatkan supaya mengukuhkan aspek spiritual untuk memastikan apa jua usaha yang dijalankan akan mendapat keredaan dan keberkatan daripada Allah s.w.t.
Manakala Tuan Haji Othman Mohammed (pengasas dan pemilik Blue-T Communications Sdn. Bhd) dan pasukan beliau telah menceritakan sendiri kisah-kisah pahit manis pengalaman beliau sebagai seorang usahawan. Sungguhpun balik dengan segulung ijazah dari luar negara pada tahun 1986 beliau sukar mendapat pekerjaan dan terpaksa memulakan perniagaan fotostat secara kecil-kecilan. Dengan semangat juang yang tinggi dan kerja bersungguh-sungguh beliau dengan bantuan isteri beliau dapat membina Blue-T Communications Sdn. Bhd. sebagai sebuah syarikat pencetakan yang berjaya dengan menawarkan 30 pekerjaaan kepada anak bangsa.
Cik Wan Azizah binti Yusof dan Sdra Ghazali Yasin daripada FGN beserta sdr Zaki, Shahrul, Fahmi dan Harith daripada Blue T bertindak sebagai fasilitator - membantu melaksanakan program 5 hari 4 malam itu dengan jayanya. |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
|
|
Page 4 of 7 |
|
|
|