FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION (FGN)

Alamat Perhubungan

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

Tel:    03-6187 7020
Faks:    03-6186 6020


Email: globalfgn@gmail.com

Laporan Mavi Marmara

Ahli Online

We have 2 guests online

Future Global Network
Tajaan Al-Quran Untuk Kemboja PDF Print E-mail
Kepada yang berhajat boleh hubungi FGN ditalian 03-61877020 atau boleh mendeposit terus ke akaun Global Peace Mission

Maybank 5642-2161-1602

Bank Islam Malaysia Bhd: 14-023-01-002922-4

Mohon difaxkan slip bank ke 03-6186 6020 atau emel ke This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Untuk makluman, FGN dengan kerjasama Global Peace Mission(GPM) dan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) telah berjaya mengedarkan 10,000 naskhah Muqaddam kepada kanak-kanak di Kemboja pada Ramadhan yang lalu sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin. (lihat laporan sebelum ini)


 
Pusat Pendidikan Rohingya (Rohingya Education Centre - REC) PDF Print E-mail

Penubuhan dan Matlamat

REC adalah sebuah sekolah yang telah ditubuhkan oleh Wadah Pencerdasan Umat Malaysia

(WADAH) dan Future Global Network Foundation (FGN) dengan kerjasama United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) di Taman Arowana, Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang.  Sekolah yang telah mula beroperasi pada 1 Julai 2010 menerima bantuan dana dari UNHCR selaku penyumbang utama, WADAH sebagai rakan kongsi, manakala Future Global Network Foundation (FGN) dilantik sebagai pengurus projek pendidikan tersebut. Bantuan dana juga diterima daripada Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Matlamat utama penubuhannya adalah untuk memberi peluang pendidikan kepada anak-anak pelarian masyarakat Islam Rohingya khususnya yang tinggal di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang. Status mereka sebagai anak-anak pelarian yang berhijrah dari penindasan dan kekejaman di negara sendiri menyebabkan mereka tidak mempunyai sebarang dokumen yang sah untuk membolehkan mereka mendaftar dan belajar di sekolah-sekolah bantuan kerajaan di Malaysia. Manakala belajar di sekolah-sekolah swasta pula adalah jauh di luar kemampuan kewangan mereka yang rata-ratanya hidup dalam kemiskinan dan sering terjebak dalam aktiviti meminta sedekah bagi menampung kehidupan.

WADAH dan FGN merasa terpanggil untuk membantu menyediakan peluang pendidikan akademik kepada anak-anak tersebut. Sebelum penubuhan REC, anak-anak ini hanya berpeluang mengikuti kelas-kelas pengajian AlQuran serta asas-asas Fardhu Ain di empat madrasah utama di sekitar Seberang Perai di bawah kelolaan FGN melalui bantuan dana Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang.

Murid, Kurikulum dan Tenaga Pengajar

Kini terdapat 100 orang murid (56 lelaki & 44 perempuan) yang berumur di antara 6 hingga 16 tahun. Mereka sudah mampu menyesuaikan diri dengan suasana sekolah yang lebih formal dan teratur.

Kurikulum yang digunapakai adalah mengikut kurikulum Kementerian Pelajaran berserta bimbingan dan khidmat nasihat Yayasan Takmir Pendidikan bagi subjek-subjek akademik Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Sivik dan Moral, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Seni dan Kemahiran Hidup.

Pencapaian murid-murid amatlah memberangsangkan di mana sebilangan mereka telah mempamerkan kemampuan untuk bersaing dengan murid-murid di sekolah-sekolah bantuan kerajaan. REC berbangga kerana sebahagian besarnya adalah terhasil daripada kegigihan dan kesabaran 7 orang tenaga pengajar (termasuk seorang Guru Besar) yang terdiri daripada pesara professional dan pesara guru serta yang sudah ada pengalaman mengajar.

Sokongan

REC dipantau oleh barisan Jemaah Pengurusan yang terdiri daripada 14 orang anggota. Sebahagian besarnya adalah ahli-ahli WADAH dan ABIM Pulau Pinang. Setinggi penghargaan buat mereka yang telah banyak menyumbang dari segi masa, tenaga serta ide-ide untuk memastikan kelancaran perjalanan sekolah.

REC juga menjalin kerjasama erat dengan SERI ABIM serta Dalat International School di Pulau Pinang melalui aktiviti bersama termasuklah seminar untuk guru serta aktiviti-aktiviti lawatan dan pertandingan acara sukan di kalangan murid-murid.

Majlis Ulama Rohingya (MUR) juga sentiasa memberi sokongan dan kerjasama melalui program-program ceramah kemasyarakatan mereka dengan menekankan aspek kepentingan pendidikan untuk generasi muda.

Rancangan Masa Depan

WADAH dan FGN kini sedang merancang untuk merealisasikan kurikulum bersepadu di REC mulai Januari 2012, yakni dengan menggunakan kurikulum sekolah-sekolah SERI di bawah Yayasan Takmir

WADAH Pusat dan WADAH Selangor sedang bekerjasama untuk membuka sebuah lagi sekolah REC di Klang mulai Januari 2012.

 

Sekitar Majlis Ihtifal REC yang Pertama pada 15 November 2011

 
Ibadah Qurban 1432H - Kemboja PDF Print E-mail


Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Future Global Network Foundation (FGN) akan berkerjasama dengan Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA) untuk menguruskan Ibadah Qurban 1432H di Kemboja.  Wakil FGN & GPM akan berada di Kemboja pada 5-7 November 2011.

“Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari’atkan penyembelihan Qurban supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah dirizkikan Allah kepada mereka, maka Rabb-MU adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepada-NYA. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh.” (Qs. Al-Hajj (22): 34)

Untuk maklumat lanjut, hubungi talian 03-6187702 - Wan Azizah

 
INFAQ RAMADHAN 1432H PDF Print E-mail

Liputan Akhbar 4 Oktober 2011

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=1004&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_04.htm

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan dilipat gandakan (pembayarannya) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak"

Al-Hadid ayat 18

Masyarakat Islam Kemboja sememang tidak asing bagi rakyat Malaysia. Saban tahun pelbagai program dirancang dan dilaksanakan di negara itu terutama yang membabitkan hal berkaitan agama dan misi kemanusiaan. Kini masyarakat Islam Kemboja kembali berkembang. Jumlah mereka meningkat kepada 600,000 daripada keseluruhan 15 juta penduduk Kemboja. Majoriti daripada masyarakat Islam di negara itu adalah etnik Melayu Champa. Selain menggunakan bahasa Khmer yang merupakan bahasa kebangsaan, pertuturan harian mereka turut menggunakan bahasa Melayu Champa.  Disebabkan mereka adalah golongan minoriti, ditambah pula dengan persekitaran politik di Kemboja yang kurang stabil, kehidupan masyarakat Islam di negara itu agak sukar.

Sehubungan itu, pada 10-12 Ramadhan 1432H / 10-12 Ogos 2011 yang lalu, delegasi 8 orang yang diketuai oleh Haji Ahmad Azam Abdul Rahman dari Global Peace Mission Malaysia (GPM), Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) dan Future Global Network Foundation (FGN) telah berlepas ke Kemboja dengan membawa Infaq Ramadhan iaitu dana untuk mencetak Muqaddam dan Al-Quran terjemahan dalam bahasa Khmer dan Cham serta bayaran fidyah, aqiqah dan duit raya yang telah disumbangkan oleh rakyat Malaysia yang prihatin. Pengedaran Muqaddam dan lain-lain program telah berjaya dilaksanakan  dengan kerjasama sebuah NGO tempatan iaitu Cambodian Muslim Intellectual Alliance (CMIA).

Sekitar Majlis Penyerahan Muqaddam kepada kanak-kanak Kemboja

Jelas terpancar keceriaan di setiap wajah mereka apabila menerima senaskhah Muqaddam. Telah lama mereka bercita-cita memiliki muqaddam sendiri. Selama ini mereka bergantung kepada ihsan ustaz yang mengajar melalui kaedah hafalan kerana tiada teks. Alhamdulillah, menerusi kempen Infaq Ramadhan – Muqaddam untuk Kemboja anjuran Global Peace Mission Malaysia, 10,000.00 naskhah muqaddam telah dapat dicetak untuk diedarkan di kampung-kampung di seluruh Kemboja sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.



 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 8 Next > End >>

Page 1 of 8

Projek Madinah An-Nur

  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur
  • Projek Madinah An-Nur

Info Projek Perkampungan Islam

Kompleks Perkampungan An-Nur ini akan merupakan sebuah perkampungan Islam yang mendukung konsep hablumminallah wahablumminannas.  Selain daripada membangunkan tempat kediaman, perkampungan ini akan juga menyediakan prasarana yang lengkap dan menzahirkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan orang Islam yang bermastautin di situ mendalami ilmu agama disamping menunaikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi menjadi orang mukmin yang beriman dan bertakwa terhadap kebesaran Allah Subhanahuwataala.

Agensi Kerajaan, Sektor Korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan dalam bentuk cek atas nama FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION.   Resit pengecualian cukai pendapatan akan dikeluarkan (atas permintaan)

No. akaun : 12-113-01-003041-2

Nama bank : Bank Islam Malaysia Berhad

Cawangan : Taman Melawati, Kuala Lumpur

Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman (03 - 6187 7020)

Sumbangan Derma

Agensi Kerajaan, sektor korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan melalui 2 kaedah berikut:-

1. Cek Berpalang atau Money Order atas nama “Future Global Network Foundation” dan poskan ke alamat berikut:-

FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION

Aras 1, Blok Persidangan Alafanda
Kompleks Anjung Rahmat
Batu 6, Jalan Gombak
53100 Kuala Lumpur

2. Mendepositkan terus ke dalam akaun bank “Future Global Network Foundation”.  Butir-butir akaun dan maklumat bank adalah seperti berikut:-

No. Akaun: 12-113-01-003041-2

Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad

Alamat bank:
Lot 254/255, Jalan Bandar 12
Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur

No. Telefon:    03-41077800 / 41076842