Union of NGOs of the Islamic World (UNIW) telah berjaya menganjurkan Mesyuarat Ahli Majlis yang ke 9 di Kuala Lumpur pada 22 Mei yang lalu setelah mengadakan mesyuarat ke-8 di Kosovo November tahun lalu. 50 orang delegasi terdiri daripada pimpinan NGO dari seluruh dunia yang telah dilantik menjadi Ahli Majlis telah hadir pada mesyuarat kali ini.
FGN adalah ahli UNIW. Haji Ahmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi FGN adalah salah seorang Ahli majlis dan Pengasas UNIW dan dilantik sebagai Pengerusi, Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Solidariti yang berperanan untuk menjalankan kerja-kerja membina rangkaian dengan NGO-NGO di seluruh dunia melalui aktiviti sosial, kemanusiaan dan solidariti.
UNIW ditubuhkan hasil daripada resolusi yang dicapai dalam persidangan bertema “The International Conference of Non-governmental Organizations of the Islamic World : Searching for a New Vision in a Changing World “ pada 1 Mei 2005 di Istanbul, Turki. Persidangan tersebut disertai oleh lebih 300 NGO daripada 40 buah negara.
Bulent ARINÇ dan Abdullah GUL (Presiden Turki sekarang), yang masing-masing memegang jawatan Pengerusi Parlimen dan Menteri Luar Turki pada ketika itu adalah penggerak penubuhannya.
Necmi SADIKOGLU dilantik sebagai Setiausaha Agung UNIW. Beliau merupakan Pengerusi, Lembaga Pengarah Turkish Voluntary Organizations Foundation (TGTV).
Penubuhan UNIW bertujuan untuk menyatukan umat Islam di dunia ini. Pengasas UNIW berpendapat bahawa usaha penyatuan lebih mudah dilakukan melalui gerakan NGO oleh kerana pendekatan kerja NGO tidak mempunyai banyak kerenah birokrasi. Bagi memastikan NGO-NGO Muslim yang terdapat di mana-mana pelusuk dunia ini bersatu maka ia perlulah digabungkan di bawah naungan kesatuan ini (UNIW).
Pada masa ini terdapat 130 buah NGO yang menjadi ahli UNIW.
Kepimpinan Future Global Network Foundation (FGN) dalam delegasi ke Turki yang diketuai oleh Sdr Ahmad Azam Abdul Rahman telah menyertai setengah juta rakyat Turki dalam solat jenazah pada hari Khamis, 3 June 2010 di Istanbul. Jenazah sembilan aktivis keamanan yang dibunuh oleh Israel dalam konvoi ke Gaza telah di bawa ke masjid di Masjid Fatih yang kaya dengan sejarah itu sebaik sahaja selepas autopsi dijalankan oleh Majlis Perubatan Forensik Turki.
Lapan kali solat telah didirikan untuk lapan daripada sembilan jenazah tersebut dengan diiringi ceramah ringkas dan laungan gemuruh dalam bahasa Turki yang mengutuk kekejaman Israel. Solat jenazah itu telah disertai oleh beberapa orang menteri dan kenamaan lain termasuk Menteri Tenaga iaitu Taner Yıldız, İstanbul, Governor Huseyin Avni Mutlu, Datuk Bandar İstanbul, Kadir Topbaş, tokoh pimpinan Felicity Party (SP) iaitu Numan Kurtulmuş and Bülent Yıldırım.
Mereka yang terkorban dalam konvoi keamanan ke Gaza itu ialah Cevdet Kılıçlar (38), Necdet Yıldırım (32), İbrahim Bilgen (61), Ali Heyder Bengi (39), Cengiz Akyüz (41), Cengiz Topçuoğlu (54), Cengiz Songür (47), Fahri Gündüz (43) dan Furkan Doğan yang berusia 19 tahun, warga Turki-Amerika yang baru sahaja berhijrah semula ke Turki iaitu di wilayah Kayseri.
Kebanyakan jenazah dihantar pulang ke kampung halaman mereka untuk disemadikan sebaik-baik selesai solat. Seorang jenazah dikebumikan di Makam Syahid Edirnekepi, di Istanbul. Seorang lagi yang disolatkan di tempat lain iaitu di Masjid Beyazit juga disemadikan di Makam Syahid tersebut.
Menurut Sdr Azam Abdul Rahman, pengalaman menyertai perhimpunan ratusan ribu rakyat Turki untuk memberi penghormatan kepada aktivis-aktivis keamanan yang terkorban dan untuk mengutuk kekejaman Israel amatlah bermakna kerana dapat menyaksikan pengorbanan dan semangat perpaduan yang begitu tinggi terhadap masalah umat Islam di Palestin.
Lawatan ke Turki kali ini adalah bersempena dengan penganjuran Simposium mengenai sumbangan Bediuzzaman Said Nursi anjuran Hayrat Foundation. Turut hadir dalam lawatan ini adalah kempimpinan WADAH, ABIM dan PERKIM.
SdrAhmad Azam Abdul Rahman, Pengerusi Future Global Network Foundation diundang menghadiri Sidang Dakwah Afrika di Khartoum, Sudan pada 10 - 11 Februari 2010, anjuran Munazzamat Da’wah Sudan, sebuah badan dakwah yang terkemuka pimpinan Field Marshal (Bersara) Abdul Rahman Suar Dahab (bekas Presiden Sudan).Pada sidang tersebut sdr Ahmad Azamtelah sekali lagi dipilih sebagai salah seorang Ahli Pemegang Amanah badan dakwah tersebut bagi tempoh empat tahun (2010-2014). Beliau adalah satu-satunya wakil dari Malaysia dan rantau Asia yang diundang mendudukki badan itu. Sidang Dakwah Afrika itu telah disertai seramai 60 ahli pemegang amanah bagi membincangkan program dakwah Islamiyah di benua Afrika; yang terdiri daripada tokoh-tokoh pendakwah terkemuka dari negara-negara Arab dan Afrika.
Turut diundang sama ialah Abon’go Malik Obama dari Kenya, yang merupakan abang tiri kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Hussein Obama. Malik juga adalah antara tetamu yang diundang ke majlis Pengisytiharan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke 44. Malik, yang bersyukur kerana dipilih oleh Allah ta’ala menjadi seorang Islam ialah anak isteri ayahnya yang pertama dan merupakan anak yang paling tua. Menurut Malik, datuknya adalah di antara generasi awal Islam di Kenya. Beliau agak rapat dengan Presiden Barack Obama. Menurut Malik – beliau menjadi ‘best man’ kepada Barack ketika perkahwinannya dengan Michelle, dan begitu juga sebaliknya ketika beliau berkahwin, Barrack menjadi ‘best man’. Untuk cerita lanjut tentang pertemuan Ahmad Azam dengan Abong’go Malik Obama sila rujuk <ahmadazam.blogspot.com>
FGN berjaya memperolehi dana daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk mengendalikan dua siri Kursus Asas Fasilitator dari kalangan pemimpin pelajar yang menuntut di beberapa pusat pengajian tinggi di negeri Selangor Darul Ehsan.
Kursus Asas Fasilitator yang pertama disertai 48 peserta telah diadakan di Kem Latihan Belia, Bukit Lagong, Selayang pada 11-12 Disember 2009, manakala kumpulan kedua seramai 30 orang diadakan di Kem PTS, Janda Baik, Pahang Darul Makmur.
Peserta yang memiliki ciri-ciri kepimpinan yang terpuji dari kalangan 78 peserta akan dipilih untuk mengendalikan program khusus yang akan berusaha merungkai permasaalahan songsang yang amat ketara dikalangan belia masakini, supaya mereka dapat dibentuk menjadi manusia yang berguna kepada masyarakat, agama dan negara.
Kompleks Perkampungan An-Nur ini akan merupakan sebuah perkampungan Islam yang mendukung konsep hablumminallah wahablumminannas. Selain daripada membangunkan tempat kediaman, perkampungan ini akan juga menyediakan prasarana yang lengkap dan menzahirkan persekitaran yang kondusif untuk membolehkan orang Islam yang bermastautin di situ mendalami ilmu agama disamping menunaikan tuntutan fardu ain dan fardu kifayah bagi menjadi orang mukmin yang beriman dan bertakwa terhadap kebesaran Allah Subhanahuwataala.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Sdra. Ahmad Azam Abdul Rahman (03 - 6187 7020)
Sumbangan Derma
Agensi Kerajaan, sektor korporat dan orang ramai boleh menyampaikan sumbangan melalui 2 kaedah berikut:-
1. Cek Berpalang atau Money Order atas nama “Future Global Network Foundation” dan poskan ke alamat berikut:-
FUTURE GLOBAL NETWORK FOUNDATION
Aras 1, Blok Persidangan Alafanda Kompleks Anjung Rahmat Batu 6, Jalan Gombak 53100 Kuala Lumpur
2. Mendepositkan terus ke dalam akaun bank “Future Global Network Foundation”. Butir-butir akaun dan maklumat bank adalah seperti berikut:-
No. Akaun: 12-113-01-003041-2
Nama bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Alamat bank: Lot 254/255, Jalan Bandar 12 Taman Melawati 53100 Kuala Lumpur